Hiburan

Jangan buat kesimpulan, Puteri Sarah dedah mengapa dia, anak-anak berpisah

SUDAH menjadi kebiasaan sebenarnya untuk sesetengah daripada kita membuat kesimpulan awal tanpa meneliti dahulu apa sebenarnya yang terjadi.

Perkara sama berlaku kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana yang memuat naik sekeping gambarnya bersama anak-anak.

Menerusi kapsyen yang diberikan Puteri Sarah, dia mengungkap rasa rindu terhadap anak-anaknya.

Berikutan itu, terdapat beberapa pengikut akaun Instagram pelakon itu mula mengaitkan kapsyen tersebut dengan dakwaan kemelut rumah tangganya dan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Ada yang meninggalkan komen dan bertanya mengapa mereka tidak hidup bersama dan mendoakan jodoh mereka kembali berpanjangan.

Malah, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka berpisah dengan anak-anak ekoran kemelut rumah tangga.

Namun, komen-komen tersebut ditempelak Puteri Sarah yang menganggap mereka terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa menyelidik lebih awal.

Di dalam ruangan komen tersebut, Puteri Sarah memberitahu yang dia sebenarnya sedang sibuk dengan penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Disebabkan itu juga dia terpaksa berpisah sementara dan bukan disebabkan oleh kemelut rumah tangga.

Sebelum ini, beberapa status yang dimuat naik oleh Puteri Sarah seolah-olah memberitahu yang dia kini sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata. -SM

(Visited 613 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button