Nasionalpilihan

Ahmad Zahid didakwa mahu jadi PM untuk selamatkan diri daripada kes mahkamah

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa mahu menjadi Perdana Menteri sebagai langkah untuk menyelamatkan dirinya daripada kes mahkamah yang sedang dihadapi.

Menurut sumber dalaman UMNO, Ahmad Zahid juga dikatakan akan cuba memujuk ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pas dan Bersatu untuk menyokong beliau menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya, kumpulan Zahid juga sedang giat memujuk Ahli-ahli Parlimen PN untuk menyokong beliau sebagai PM menjelang Parlimen dibuka pada September ini.

Tetapi dalam masa sama kata sumber itu, Ahmad Zahid tidak akan menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana perkara itu bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Malah, jika Ahmad Zahid memilih untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP, perkara itu boleh membangkitkan kemarahan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu.

Sumber menambah, Ahmad Zahid dikatakan tahu jika Anwar menjadi PM, belum ada kepastian sama ada Pakatan Harapan akan menggugurkan kes mahkamahnya kerana dendam sebelum ini.

Minggu lalu, UMNO mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan Kerajaan Pakatan Nasionl dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri.

Sumber juga berkata, gerakan menjatuhkan kerajaan PN dilihat semakin giat dijalankan kerana Zahid bakal berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 24 Ogos depan. -SM

(Visited 674 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button