Nasional

Rundingan terus: PCM lapor pada SPRM

PARTI Cinta Malaysia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  berkaitan pendedahan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz di Dewan Rakyat semalam.

Naib Presiden PCM Muralitharan Ramachandran meminta SPRM supaya menyiasat  101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan secara rundingan terus ketika pentadbiran negara diterajui Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

“Tujuan laporan ini dibuat ialah untuk menggesa pihak SPRM menyiasat: Disyaki ada berlakunya salah guna kuasa dalam meluluskan 101 projek secara “direct nego” melibatkan jumlah nilai RM6.61 billion.

“Pihak SPRM harus menjalankan siasatan salah laku dan salah guna kuasa terhadap SOP kelulusan projek terhadap syarikat berkenaan,” kata Muralitharan dalam laporannya.

Menurutnya, SPRM juga perlu menyiasat adakah telah berlakunya pengaliran wang oleh pihak kerajaan ke atas syarikat berkenaan dalam bentuk “mobility of the project”.

“Jika telah berlaku apakah status kewangan tersebut di dalam syarikat itu merujuk kepada progress perlaksanaan projek tersebut.

“SPRM harus siasat adakah nilai sesuatu projek tersebut di luluskan mengikut dasar dan berpatutan dengan nilai semasa projek tersebut atau ianya melibatkan nilai yang telah di “mark up”,” kata Muralitharan.

Tengku Zafrul ketika mendedahkan perkara itu berkata, perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Beliau berkata, antaranya merangkumi perolehan bekalan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang berupaya memudaratkan atau menjejaskan kepentingan negara jika tidak dilaksanakan dengan segera.
Dalam penjelasnya, Guan Eng berkata, Kabinet mengetahui projek-projek yang diluluskan melalui rundingan terus tersebut.

“Saya terbuka sekiranya YB nak berikan senarai itu tender-tender yang diberikan, itu bukan diberikan secara terbuka.

“Kalau kita lihat jumlah yang diberikan, secara tender terbuka jauh lebih besar dan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berhormat sebutkan tadi. Seperti yang disebutkan tadi, Ini juga diberikan di bawah kelulusan Kabinet dan juga peraturan yang sedia ada,” kata Guan Eng.

Bagaimanapun bekas Menteri Ekonomi ketika era pentabiran Kerajaan PH Datuk Seri Azmin Ali menafikan kenyataan Guan Eng yang merupakan bekas Menteri Kewangan kononya Kabinet mengetahui mengenai senarai syarikat yang mendapat  101 projek bernilai RM6.61 bilion itu.

“Dan tidak betul YB Bagan kata Kabinet tahu. Mana ada pembentangan senarai-senarai itu. YB Bagan tidak pernah bentangkan senarai projek dalam Kabinet,” tegas Azmin.-SM

 

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button