Nasional

Rumah rosak ditimpa hujan batu

HUJAN batu yang berlaku di Port Dickson kelmarin menyebabkan 137 rumah rosak termasuk 47 buah di kampung Kampung Baru Tanah Merah Site C.

Turut rosak ialah 40 rumah di Taman Jimah Jaya dan 50 rumah di Ladang Tanah Merah.

Memetik Harian Metro, seorang penduduk di Taman Jimah Jaya, M Selvam berkata dia terkejut apabila dengar ada bunyi air hujan yang kuat di atap rumahnya sebelum menyedari kehadiran hujan batu pada pukul 5.30 petang hari kejadian.

Akibatnya, bumbung rumah yang didiaminya bersama sekeluarga  pecah disebabkan hujan batu itu.

 

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button