Luar Negara

Rumah berbentuk kasut but ditemui dalam hutan UK

SEBUAH rumah berbentuk kasut but yang telah ditinggalkan beberapa dekad ditemui di dalam hutan di United Kingdom (UK).

Penemuan rumah kasut but itu mempunyai persamaan dengan sebuah puisi lama pada tahun 1794 yang menceritakan kisan wanita tua yang tinggal di dalam kasut.

Baru-baru ini Daily Star melaporkan sebuah rumah berbentuk kasut but telah ditemui di sebuah hutan di UK tetapi lokasi sebenar penemuan tidak diberitahu untuk mengelakkan ia dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bentuk batu kasut but itu kelihatan terpelihara dengan sempurna walaupun nampak usang dan dikelilingi oleh pokok anggur dan daun.

Terdapat dakwaan seorang wanita pernah tinggal di dalam rumah tersebut pada tahun 1950 an.


Sebelum ini terdapat sebuah puisi yang bertajuk The Little Old Woman who lived in a Shoe’ pada 1794, ditulis oleh Mother Goose, menurut laman web American Literature.

Bagaimanapun terdapat dakwaan lain bahawa rumah itu sebahagian daripada sebuah taman tema dan tidak ada penduduk yang menghuninya. -SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button