Politik

‘Rule of Law’ versi Dr. Mahathir

DAKWAAN kerajaan mengenepikan ‘rule of law’ atau ‘kedaulatan undang-undang’ boleh ditimbal dengan pengguguran beberapa kes jenayah berprofil tinggi sebelum ini.

Ini termasuklah kes rasuah mengaitkan bekas Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang digugurkan.

Namun, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menunjukkan seolah-olah beliau benar-benar mendokong dasar tersebut.

“Semua ini mengikut undang-undang. Penjenayah boleh terlepas hukuman. Jenayah boleh dilakukan tanpa takut kepada undang-undang.

“Mungkin tidak lama lagi, seseorang yang disabitkan mencuri jutaan wang kerajaan akan diampuni. Ini juga adalah mengikut undang-undang.”

Kata Dr. Mahathir menerusi menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik dalam blognya hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dikatakan bersikap seperti beliau juga menerusi satu laporan Malaysiakini.

Laporan itu menyebut, selepas Muhyiddin berkuasa, tuduhan rasuah terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman digugurkan oleh pendakwa raya.

Jabatan Peguam Negara juga bersetuju mencapai penyelesaian berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB terhadap bekas pembuat filem Hollywood, Riza Aziz dan mengugurkan tuduhan terhadapnya.

Baru-baru ini, pihak pendakwa raya juga mengugurkan tuduhan terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menerima suapan RM1 juta.

Tengku Mansor juga berdepan pertuduhan berasingan yang melibatkan rasuah RM2 juta. – SM

(Visited 734 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button