Nasional

Rukyah di Perlis pada 23 April – Raja Muda Perlis

Majlis Rukyah Hilal Awal Ramadan 1441 Hijrah bersamaan 2020 Masehi di negeri Perlis akan diadakan pada petang khamis, 23 April 2020 bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah di Tapak Cerapan Pantai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020, kaedah melihat anak bulan Ramadan pada kali ini adalah mengikut Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia baru-baru ini.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pada kali ini majlis yang diuruskan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis ini tidak dibuka untuk kehadiran orang ramai seperti kebiasaan dan hanya akan melibatkan jumlah petugas yang terhad.

Semua yang terlibat juga dikehendaki mematuhi segala ketetapan pencegahan (SOP) seperti menjaga jarak sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara

Perkara ini adalah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan COVID-19.

Pemakluman mengenai tarikh awal ramadan 1441 Hijrah akan diisytiharkan pada malam itu jua oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang ditetapkan melalui kaedah rukyah dan hisab. – SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button