JenayahNasional

Tujuh bot nelayan Indonesia diusir

TUJUH buah bot nelayan Indonesia didakwa menceroboh perairan negara ini diusir oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketujuh-tujuh bot itu dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara sebelum kehadiran mereka dikesan pihak TLDM dalam Op Benteng dan Op Pejarak.

Kira-kira pada jarak 36 batu nautika barat daya Pulau Perak, bot-bot berkenaan bagaimanapun beredar selepas menyedari kehadiran kapal KD Lekir berhampiran mereka.

“Kesemua bot nelayan asing yang sedang menangkap ikan secara haram segera beredar dari perairan negara sejurus melihat kehadiran KD Lekir di sekitar kawasan tersebut.

“KD Lekir turut mengikuti bot nelayan asing tersebut sehingga keluar dari sempadan perairan negara sehingga jam 4.30 petang semalam.”

Demikian kenyataan dikeluarkan Bahagian Komunkasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM hari ini.

Dalam pada itu, TLDM turut memaklumkan selepas insiden pengusiran bot-bot nelayan terbabit, rondaan di Selat Melaka diteruskan.

“KD Lekir meneruskan rondaan di Selat Melaka Utara  bersama- sama KD Laksamana Hang Nadim dan KD Kinabalu dalam OP Benteng.

“TLDM dan pelbagai agensi maritim lain beroperasi 24/7 di bawah National Task Force (NTF) bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mencegah penularan pandemik Koronavirus (Covid-19),” jelasnya. – SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button