Jenayah

Rugi RM168,000 sebab nak pinjam wang RM230,000

SEORANG wanita rugi RM168,000 selepas diperdaya syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud di Bera, Kuantan, Pahang.

Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai terpedaya dengan iklan syarikat itu di laman sosial kerana memaparkan nama sebuah bank tempatan.

Mangsa dihubungi seorang lelaki beberapa jam selepas memberikan nombor telefon dan telah diberikan penerangan mengenai pinjaman dan kaedah bayaran balik bagi pinjaman berjumlah RM230,000.

Wanita itu kemudian telah diarahkan oleh tiga lelaki yang mendakwa pekerja syarikat itu memindahkan wang ke lima akaun berbeza atas alasan urusan pentadbiran bank yang bermula pada akhir Mei lepas sehingga Rabu lepas dengan jumlah sebanyak RM168,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, menyedari ditipu mangsa kemudian membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda. – SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button