Sukan

Rugbi Piala Dunia: England ke final, singkirkan All Black

TOKYO – Juara bertahan New Zealand tersingkir daripada Rugbi Piala Dunia apabila tewas kepada England 19-7 di separuh akhir.

Turun sebagai pasukan pilihan tidak memberi kelebihan kepada All Black dengan England bertindak agresif untuk mendahului 10-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua walaupun tidak ada try, tetapi England menjarakkan kedudukan melalui penalti.

Walaupun berjaya mendapatkan satu try dan conversion, tapi hanya itu mata yang berjaya dipungut oleh All Black dan terpaksa tunduk kepada kehebatan England. -SM

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button