Alam SekitarNegeri

Ribuan Warga KL & Selangor Dijangka Rentas Negeri Gara-Gara Masalah Tiada Air!

Ribuan warga Kuala Lumpur dan Selangor dijangka akan melakukan rentas negeri sama ada ke Negeri Sembilan, Perak, Melaka atau Pahang bermula malam ini.

Hal ini disebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bakal berdepan masalah air dan perancangan rapi sedang dipersiapkan.

Menurut Husin Mat Ali, dia dan keluarga sudah bercadang untuk pulang ke rumah mertua selama beberapa hari untuk tenangkan fikiran.

“Syukur Alhamdulillah sekarang kerajaan sudah umum boleh rentas negeri. Maka saya pilih untuk pulang rumah mertua pagi ini sebelum jalan sesak.

“Lagi pun di rumah mertua saya ada wifi. Jadi tiada isu untuk saya buat kerja di luar kawasan Kuala Lumpur. Yang penting ada air,” katanya kepada Suara Merdeka, hari ini.

Husin berkata demikian mengulas permasalahan gangguan air yang akan melanda beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, esok.

Dalam masa sama, seorang pengguna Facebook, Alaxender Bokolli merancang untuk menginap di sebuah hotel di Melaka bersama pasangannya.

“Daripada tiga hari nak kena fikir masalah air, baik ambil peluang untuk tenangkan fikiran. Dapat lari ke Melaka ke sekejap pun jadilah.

“Mujurlah mereka (Air Selangor) sudah maklumlah air awal-awal dan mujurlah kerajaan sudah umum rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksin boleh merentas negeri,” katanya.

Berdasarkan makluman di laman sesawang Air Selangor, antara kawasan yang terjejas dengan masalah air adalah Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuala Langat, Petaling dan Shah Alam.

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button