Sukan

Rozaimai mahu buktikan kemampuan bersama Hijau Kuning

ROZAIMI Abd Rahman tidak sabar membuktikan kepada penyokong Hijau Kuning bahawa kehadirannya bersama skuad Kelab Bola Sepak Darul Aman (KDA FC) berbaloi.

Penyerang baharu KDA FC itu itu mahu membuktikan kemampuannya kepada penyokong skuad Hijau Kuning dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC pada musim depan.

Memetik laporan BH Online, bekas pemain Sabah dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ini berkata beliau sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong skuad Lang Merah itu pada setiap perlawanan sebelum ini.

“Penyokong Kedah adalah penyokong fanatik jika dibandingkan dengan mana-mana penyokong pasukan lain yang saya lihat. Tapi bagi saya memang penyokong Kedah fanatik habis.

“Justeru, untuk saingan musim depan, saya mahu pastikan aksi terbaik dipamerkan untuk mereka (penyokong Kedah). Ini sudah pasti akan mendorong saya terus bekerja keras dan mesti bersungguh-sungguh untuk mereka.

Malah beliau juga mengakui selain reputasi pasukan dan pengaruh penyokong, hasratnya untuk bersama KDA FC yang tersimpan selama ini menjadi pendorong untuk beliau memilih bersama skuad Hijau Kuning.

“Saya pilih Kedah sebab memang sudah menjadi sasaran sebelum ini. Disamping itu, ramai pemain yang saya kenali dalam pasukan Kedah turut memberi galakan. Tiada masalah untuk berhijrah ke Kedah kerana saya juga hendak mencari pengalaman,” katanya.

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button