Nasional

KPRAMD anjur majlis tahlil peringati pengorbanan Left. Adnan

SEJARAH mencatat peristiwa Leftenan Adnan Saidi dan anggotanya terkorban pada 14 Februari 1942 semasa mempertahankan kedudukan Pasukan Bersekutu di Bukit Chandu, Singapura.

Ketika itu, tentera Bristish yang berjanji kepada raja-raja Melayu untuk memberi perlindungan kepada Tanah Melayu namun mereka melarikan diri kerana gentar dengan serangan yang dihadapi.

Maka tinggallah askar-askar Melayu sahaja yang bertahan daripada serangan Tentera Jepun yang bertujuan untuk menakluki Singapura semasa Perang Dunia Kedua.

Sejarah juga menunjukkan biar pun tanpa keberadaan British, hanya 158 askar Melayu terkorban dalam perang tersebut manakala bagi pihak Jepun pula, 1,714 askar Jepun hilang nyawa.

Bagi mengenang jasa dan bakti Adnan dan anggotanya yang gugur sebagai bunga bangsa, satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan di Sungai Ramal, Kajang.

Menurut Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu DiRaja (KPRAMD) selaku Persatuan Veteran Terkanan RAMD, majlis tahlil dan doa selamat itu sememangnya dibuat setiap tahun.

“Ia dihadiri oleh ahli-ahli KPRAMD, Pegawai-Pegawai, Ahli-Ahli Persatuan Veteran ATM Cawangan Kajang, anggota RAMD yang masih berkhidmat, keluarga Allahyarham serta Jemaah setempat.

“Selalunya ia dilaksanakan di Masjid Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur namun untuk tahun ini, program dianjurkan di Masjid Kampung Sungai Ramal Luar, Kajang bersempena tempat kelahiran Allahyarham,” kata KPRAMD.

KPRAMD berkata program pada 9 Februari 2023 itu bukan sahaja ditujukan khas kepada Allahyarham dan anggotanya yang terkorban, ia juga bertujuan memberikan kesedaran awam.

“Dengan adanya program dengan kerjasama Masjid Kampung Sungai Merab ini, penduduk sekitar lebih menghayati pengorbanan Allahyarham dalam mempertahankan kedaulatan negara khasnya dan RAMD amnya.

“Presiden KPRAMD, Brig Jen Dato’ Ahmad Zaki Mahmud (B) juga sempat memberi ucapan ringkas, kata-kata semangat dan motivasi kepada murid-murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Sg Ramal Luar,” kata KPRAMD.

Selain majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat, KPRAMD turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan (SKLA), PIBG Sekolah Menengah Sg Ramal Luar dan juga Masjid Sg Ramal Luar. – SM

(Visited 620 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button