Nasional

Segera buka sempadan negara, rugi RM40 bilion setahun

PINTU sempadan negara perlu dibuka segera sekiranya tidak mahu terus kerugian RM40 bilion setahun atau ratusan ribu ringgit sehari disebabkan sektor pelancongan terjejas.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pintu sempadan hendaklah dibuka seberapa cepat dengan prosedur standard operasi (SOP) baharu.

“Pembukaan sempadan dengan SOP baharu perlu segera dan Gelembung Langkawi adalah testimoni yang boleh diambil kira.

“Mulanya pintu sempadan akan dibuka pada 1 Mac  dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat, boleh dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar usai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan harus mengambil kira untuk mempercepatkan pembukaan sempadan kerana jika lambat sehari, kos yang ditanggung adalah tinggi.

Kata Muhyiddin lagi, bukan sahaja contoh sektor pelancongan yang menunggu pintu sempadan wajar dibuka dengan cepat tetapi sektor lain termasuk ekonomi juga sedang menanti keputusan kerajaan supaya mempercepatkan pembukaan pintu sempadan.

Muhyiddin turut memaklumkan, Pelan Pemulihan Negara 2.0 (PPN2.0) akan siap dengan segera antara tiga ke enam bulan.

Katanya, pelaksanaan PPN2.0 akan dapat pulihkan semua sektor dengan team sekretariat dan konsultan ditubuhkan lengkap dengan pipe line.

“Proses pemulihan negara menunjukkan perkembangan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatat pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus bagi tahun 2021 berbanding dengan penguncupan KDNK sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020.

“Peralihan kesemua negeri ke fasa 4 dibawah PPN turut menyumbang kepada penguncupan kadar pengangguran sebanyak 4.2 peratus.

“Pembukaan sektor ekonomi melihat perdagangan luar mencecah lebih RM2 trilion dengan nilai kemasukan bersih FDI melebihi RM50 bilion,” jelas beliau.

Kata Muhyiddin lagi, kedudukan Malaysia sebagai negara yang penduduknya divaksin lebih baik berbanding negara lain seperti Australia kerana Malaysia berada dalam kelompok 10 teratas.

Justeru tegas Muhyiddin, mengambil kira KKM dalam proses akhir untuk memuktamadkan SOP bagi pembukaan sempadan negara, ia akan dibuat dalam masa terdekat.

“1 Mac sepatutnya sempadan negara dibuka dengan SOP yang lebih longgar dan mudah serta tidak membawa kesan apabila pintu sempadan dibuka. Kita mahu baik pulih ekonomi negara dan tunggulah,” katanya. – SM

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button