Nasional

Rosmah dibenar lawat cucu di Singapura

DATIN Seri Rosmah Mansor akan ke Singapura untuk menziarahi cucu yang sakit dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana bulan depan.

Ini selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan beliau untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya buat sementara waktu.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said yang mempengerusikan panel tiga anggota itu berkata mahkamah akan menyerahkan pasportnya hari ini dan tertuduh perlu mengembalikan dokumen itu kepada mahkamah sebelum 10 Mei.

Terdahulu, peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh memohon mahkamah mengembalikan sementara dokumen itu kepada Rosmah bagi membolehkan beliau melawat anak perempuan dan dua cucunya di republik itu.

“Dia akan tinggal di sana selama enam minggu kerana mahu menyambut Hari Raya bersama keluarga di sana.

“Tiada bantahan daripada pihak pendakwaan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn yang hadir bagi pihak pendakwaan mengesahkan perkara itu.

Rosmah, 71, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Datuk Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek berkenaan.

Beliau juga dituduh atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

Kes Rosmah bermula pada 5 Feb 2020 dan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan beliau membela diri terhadap semua pertuduhan pada 18 Feb 2021.

Zaini mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu pada 1 Sept tahun lepas.

Rosmah kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan itu menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Rayuan pada 2 Sept lepas. -SM

BACA JUGA : https://suaramerdeka.com.my/mahkamah-menetapkan-15-hari-perbicaraan-kedua-kes-rasuah-rosmah-mansor/

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button