Nasionalpilihan

Raja Muda Perlis lawat Masjid Centre, Phuket akhiri Ziarah Mahabbah

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menanam pokok di pekarangan Masjid Centre Phuket sekaligus mengakhiri Program Ziarah Mahabbah Edisi Ke-7 di Wilayah Phuket dari 5 hingga 7 Ogos lalu.

Baginda mengetuai 35 delegasi ziarah yang dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini singgah untuk meninjau masjid ini yang masih dalam
pembinaan.

Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs juga telah menyampaikan sumbangan RM5,500 untuk masjid berkenaan dan sebuah plaka tanda lawatan.

Tuanku Syed Faizuddin juga diiringi oleh anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd Noor.

Sepanjang lawatan ke Wilayah Phuket di bawah Program Ziarah Mahabbah ini, Baginda dan rombongan melawat masjid dan memberikan sumbangan.

Lawatan pertama, rombongan Baginda melawat Masjid Ban Huailuk, di Krabi bagi memberikan sumbangan dan beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Juga diadakan Forum
Ummatan Wahidah di Masjid Nurudeen Neeyaj, Phuket dan menjadi lokasi perasmian Program Ziarah Mahabbah Edisi ke 7 ini.

Selain itu dijalankan Program Ihya Tiga Masjid diadakan di masjid berdekatan Patong, Phuket yang melibatkan ahli delegasi.

Wakil delegasi juga menyampaikan tazkirah selain menyampaikan sumbangan wang, al-Quran dan plaka kepada masjid berkenaan.

Selain itu diadakan lawatan ke masjid Nurul Syuhadak di Coconut Island bagi penyerahan sumbangan dan plaka.

Juga diadakan acara yang dibahagikan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan pengisian ilmu dan kesihatan. – SM

Artikel berkaitan > Peranan masjid sangat signifikan pada kekuatan umat Islam – Raja Muda Perlis

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button