PendidikanSukan

SUPTIM: KUIPs hantar 66 atlet, 7 jurulatih

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menghantar 66 atlet dan tujuh jurulatih sempena Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Kali Ke-20 nanti.

Kejohanan kali ini akan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) mulai 10 hingga 14 Februari ini.

Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni Dr Mohd Aizul Yaakob kiri menerima bendera kejohanan ke SUPTIM dari Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle. – Gambar Ihsan KUIPs

Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle menyerahkan bendera kejohanan kepada kepada Ketua Kontijen yang juga Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr Mohd Aizul Yaakob di Dewan Audiitorium KUIPs Kampus Kuala Perlis pagi tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhamad Rozaimi berharap semua atlet yang mengambil bahagian dapat menunjukkan semangat kesukanan sepanjang kejohanan yang akan disertai oleh 13 kontigen lain yang mengambil bahagian.

“Jagalah kesihatan masing-masing sambil bersukan dan merihatkan badan selain daripada berjuang untuk meraih kejayaan dalam kejohanan sukan yang diadakan setiap dua tahun sekali ini,” katanya.

Tujuh pasukan dari KUIPs yang akan menyertai kejohanan ini ialah pasukan bola sepak, futsal, ping pong, badminton, bola jaring, memanah tradisional dan catur.

Setiap peserta juga berazam untuk membuatkan yang terbaik supaya dapat membawa pulang kemenangan. – SM

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button