Nasional

Rokok tiruan bernilai RM3.3 juta dirampas

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya merampas rokok tiruan bernilai RM3.3 juta dalam satu serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor semalam.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan dilakukan bersama wakil pemilik cap dagang jenama “John” itu berjaya menemukan 520,000 kotak rokok yang disyaki tiruan.

“Kesemua rokok tiruan itu disimpan di dalam sebuah kontena yang terdapat di pelabuan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati rokok tiruan itu diimport dari luar nagara oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor yang disimpan sementara di Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Iskandar Halim, pihak syarikat terlibat memberi alasan rokok tersebut adalah untuk tujuan dieksport semula ke luar negara.

Gambar ihsan KPDNHEP

Jelasnya, siasatan yang dilakukan terhadap ciri fizikal kotak rokok tersebut amat meragukan dan disyaki untuk pasaran tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membekalkan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan.

“Kita memberi amaran kepada individu atau syarikat agar lebih bertanggungjawab dan menghormati harta intelek orang lain dan mana-mana individu mahupun syarikat yang melanggar undang-undang terutama membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan
akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyimpanan dan penjualan barangan tiruan disarankan supaya
melaporkan kegiatan ini melalui hotline 1-800-886-800, whatsapp 019-2794317 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau hadir sendiri kemana-mana pejabat KPDNHEP. -SM

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button