Nasional

Kompaun RM1,000 kepada pesalah engkar, langgar PKP

MULAI semalam, individu yang engkar dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, mereka yang engkar dengan PKP, prosedurnya, akan dibawa ke balai-balai polis dan diberikan kompaun dan tawaran kompaun sebanyak RM1,000.

“Bayaran kompaun hanya boleh dibuat di pejabat-pejabat Kesihatan Daerah dan balai polis berdekatan dan tempoh  dua minggu diberi untuk membayar kompaun.

“Jika masih gagal membayar kompau, mereka akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar harian, hari ini.

Semalam, katanya, sebanyak 95 notis kompaun diserahkan kepada individu terbabit yang melanggar PKP.

Sementara itu, sebanyak 433,988 kenderaan  telah diperiksa semalam dalam sekatan jalan raya.

“Pihak polis telah melakukan 36, 980 pemeriksaan mengejut di seluruh negara dan 5,022 premis diperiksa oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

BACA

Beliau menambah, pihak Polis bersetuju dengan permohonan JPJ untuk sama-sama membantu bersama-sama dengan polis dalam lakukan sekatan jalan raya di seluruh negara.

Sebagai rekod, Ismail memberitahu, sebanyak 300 individu ditahan di sekatan jalan raya semalam dan melanggar PKP.

“Kita lihat, ada penurunan PKP berbanding kelmarin, kadar penurunan sebanyak 34 peratus. Walau bagaimanapun, kiata masih lihat dan buat kajian terperinci trend ini.

“Dua hari lepas, ia mula mula menurun dan meningkat kembali. Ramai yang keluar untuk ke bank, BSN bagi menuntut atau claim bantuan yang diberi oleh kerajaan.

“Ini adalah peningkatan sementara dan semalam, ada penurunan yang tinggi, 34 peratus,” katanya.

Beliau berkata semalam, 300 individu ditahan, 252 orang direman manakala 88 orang dijamin manakala 518 individu dituduh di mahkamah.

Kumalatif mereka yang melanggar PKP, ujar Ismail Sabri, dari 18 Mac sehingga 8 April, 7,205 individu ditangkap.

“Dan mulai semalam, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang engkar Perintah Pergerakan,” katanya. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button