Rencana

Apakah kita layak mengkritik jika mengawal diri pun kita tidak mampu

Selepas sidang akhbar oleh Abah Dafi iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di media sosial penuh dengan komen mempertikaikan keputusan kerajaan yang enggan melaksanakan total lockdown.

Sejak awal saya memang telah jangka kerajaan tidak akan menutup sepenuhnya aktiviti kerana alasan yang jelas iaitu ramai akan kehilangan pekerjaan dan sekaligus kehilangan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sehari tidak bekerja bermakna tiada makanan yang dapat dihidang di atas meja untuk keluarga.

Lockdown yang dilaksanakan pada peringkat awal pandemik sahaja sudah menyebabkan ratusan ribu kehilangan pekerjaan, jika diteruskan lagi, situasi akan menjadi lebih gawat.

Ramai yang telah jatuh miskin dan dibelenggu lingkaran ganas miskin tegar.

Jika kita mahu pertikaikan apa jua yang dilakukan kerajaan ia tidak berkesudahan.

Apa yang perlu kita lakukan kini ialah kawalan kendiri. Kita pastikan tidak keluar tanpa urusan penting.

Jika terpaksa keluar juga, patuhi segala SOP bagi mengelakkan jangkitan virus berbahaya tersebut.

Jika terdapat mereka yang tidak mematuhi SOP kita perlu berani menegur.

Jangan pula kita duduk di rumah, tetapi senyap-senyap kita turut mengajak kawan-kawan melepak di rumah kita.

Itu perbuatan tidak bertanggungjawab.  Jadi apabila kita terjebak dengan wabak janganlah salahkan orang lain, tetapi salahkanlah diri sendiri.

Jadi kekal duduk di rumah, jangan mengambil risiko kerana ia tidak berbaloi.

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button