BeritaNasional

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

PEGUAM yang mewakili keluarga remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15, Sankara Nair hari ini hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes saman sivil terhadap Operator Resort The Dusun.

Tuntutan yang dikemukan itu adalah sebanyak RM152,000 atas dakwaan operator gagal memastikan keselamatan premis, kekurangan rakaman kamera litar tertutup serta selak tingkap yang telah rosak yang membolehkan ia dibuka dari luar.

“Pada 24 Dis lepas, kita telah failkan tuntutan saman dan hari ini kita dokumen untuk pengurusan kes dan mahkamah tetapkan tarikh pengurusan kes seterusnya ialah pakemukakanda 12 Feb, bila sudah selesai segala dokumen barulah mahkamah akan tetapkan tarikh untuk pendengaran kes.

Dalam pada itu, Sankara turut memberitahu pihaknya telah membuat permohonan inkues kepada Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas, pada Disember tahun lepas.

“Bagaimanapun, kita belum mendapat sebarang berita mengenainya, mereka masih belum menjawab… beliau (AG) mungkin tunggu laporan penuh bedah siasat termasuk laporan toksikologi

“Kita berharap beliau mengarahkan agar inkues terhadap kematian Nora Anne dapat dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Sankara berkata inkues itu dimohon untuk keluarga mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sebelum mayat Nora Anne ditemui sama ada dia diculik atau keluar sendiri.

Nora Anne bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai, dekat sini pada 3 Ogos, sehari sebelum remaja itu dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya.

Mayat remaja itu ditemukan pada 13 Ogos lepas, iaitu 10 hari selepas kehilangannya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, sekitar 2.5 km daripada eko-resort itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.

— BERNAMA

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button