Mahkamah

RM9 juta MyEG untuk bayaran guaman, bukan untuk Zahid Hamidi

Kes bicara Ahmad Zahid: 10 saksi tampil beri keterangan

SESI perbicaraan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersambung pada sebelah petang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Saksi ke-51, Pengurus Bank RHB cawangan 1st Avenue, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Jayachantran A/L Gopaloo memberitahu mahkamah dengan jelas ada tertulis di dalam hampir semua borang kiriman wang dari MyEG kepada syarikat guaman Lewis&Co  untuk tujuan pembayaran guaman.

Berdasarkan penjelasan Jayachantran, pembayaran guaman setiap kali ialah RM600,000 yang dibayar sebanyak 15 kali dengan jumlah keseluruhan, RM9 juta.

Jayachantran juga berkata, pihaknya memastikan pengesahan dengan pihak MyEG dibuat dengan pengurus yang menurunkan tandatangan.

“Kita pastikan cek yang dikeluarkan oleh pembayar kepada penerima dengan cara ditag dan kita menghubungi pengurus yang menurunkan tandatangan sebagai pengesahan.

“Transaksi-transaksi yang dilakukan direkod dan boleh disemak. Jadi, tiada apa-apa yang tersembunyi dalam setiap transaksi dan tiada apa-apa yang pelik,” kata Jayachantran ketika menjawab soalan balas peguambela Ahmad Zahid, Mohd. Haziq Dhiyauddin Razali.

Jayachantran juga bersetuju bahawa segala transaksi adalah mengikut prosedur, tidak ada kesalahan undang-undang atau pun sesuatu yang terselindung.

Dalam erti kata lain, Jayachantran bersetuju bahawa khidmat transaksi yang berlaku adalah jelas dan jawapan diberikan berdasarkan dokumen yang ada di hadapan beliau.

Secara keseluruhan, 10 orang saksi ditampilkan bagi memberi keterangan sejak pagi, hari ini.

Saksi-saksi sebelah pagi ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersetuju bahawa transaksi yang dibuat tiada yang tersembunyi dan boleh dikesan kerana semua direkodkan.

Selain itu, saksi pertama pagi tadi, Mar Sai Chin, Yusri Mat Yasri, Lina Zailan dan Lau Ai Man bersetuju dengan peguam bela bahawa tiada transaksi yang tersembunyi, pelik atau pun menyalahi undang-undang.
Tiga lagi saksi yang turut memberi keterangan sebelum mahkamah berhenti rehat pada waktu tengah hari ialah Suzaliza Kamari, Penolong Pengurus Maybank cawangan Bandar Utama, Selangor, Sharifah Shifah Syed Zainol, Pegawai Maybank Central Square, Pegawai Eksekutif Maybank Seapark, Mohd. Zulkarnain Abd. Latiff.

Turut dipanggil memberi keterangan selepas Jayachantran dilepas dan dibebaskan ialah Au Lai Ban, Pengurus Maybank cawangan Giza Kota Damansara dan Pengurus Perkhidmatan Perbankan Hong Leong Bank, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Wong Shiau Phing.

Perbicaraan bersambung esok pagi. –  SM

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button