Nasional

RM85.5 juta: Daripada bagi JASA, baik bagi pada peniaga kecil, bantuan khas bersasar

BELANJAWAN 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Jumaat lalu memperuntukan sejumlah RM85.5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Jumlah itu menurut pandangan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman tidak harus diberikan kerana ia tidak mendatang sebarang manfaat kepada rakyat.

“Adalah elok jika JASA ini dijadikan sebagai satu unit di dalam Kementerian Komunikasi dan bukan sebagai jabatan.

“Sekurang-kurangnya adalah manfaatnya kalau tidak sepenuhnya,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA.

Prof. Fithri juga berpendapat, rakyat marah kerana ada bajet yang tidak penting tetapi tetap diberikan peruntukan di dalam pembentangan Belanjawan 2021.

“Kita sebut pasal bajet, yang bermain di dalam fikiran kita mestilah meletakkan keperluan rakyat di hadapan khususnya yang hilang pendapatan.

“Sementelah dalam situasi sekarang yang kita semua berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19.

“Jadi, sama ada di Semenanjung atau  di Sabah dan Sarawak, rakyat mesti menjadi keutamaan,” ujar beliau.

Bukan semua yang mencarum di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Socso, katanya.

“Ada yang berniaga sendiri dan ada yang bekerja makan gaji. Ada juga yang bekerja secara kontrak.

“Apabila mereka diberhentikan atau hilang pekerjaan maka sudah tentu mereka akan menghadapi kesusahan kehidupan.

“Saya syorkan agar peruntukkan JASA ini dikurangkan kepada RM5 juta atau RM10 juta sahaja. Manakala selebihnya, bolehlah diberikan kepada peniaga-peniaga kecil dan bantuan khas yang bersasar,” katanya. – SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button