Luar Negara

Majlis kahwin punca Covid-19 kembali meningkat di Iran

MAJLIS Perkahwinan telah menyumbang kepada peningkatan kes baharu Covid-19 di Iran, kata Presidennya, Hassan Rouhani.

Tetapi beliau menegaskan bahawa negara itu tidak mempunyai pilihan lain selain memastikan membuka ekonominya walaupun ada amaran gelombang kedua pendamik itu.

Iran yang mula melonggarkan perintah berkurung sejak pertengahan April, melaporkan peningkatan mendadak sejak beberapa hari lalu.

Pada Khamis negara itu mencatatkan 3,574 kes baharu, iaitu yang tertinggi sejak Februari, apabila kes pertama wabak itu dilaporkan.

“Pada satu lokasi kami menyaksikan peningkatan pendamik ini, sumbernya dari majlis perkahwinan yang menyebabkan masalah kepada orang ramai, pekerja kesihatan dan kerugian kepada ekonomi negara,” kata Rouhani.

Kes baharu bagaimanapun menuruk kepada 2,886 pada Jumaat, menjadikan kes kesuluruhan di Iran sebanyak 167,000 dengan lebih 8,000 kematian.

Para pegawai kesihatan telah diberi amaran mengenai gelombang kedua wabak itu.

Seorang pegawai berkata, kira-kira 70 peratus kes baharu do Tehran adalah mereka yang telah melakukan perjalanan keluar dari ibu negara itu baru-baru ini.

Iran bergelut dalam menangangi wabak Covid-19 tetapi pihak berkuasa khuatir langkah untuk menyekat aktiviti ekonomi dan pergerakan awam untuk membendung penularan wabak itu akan memburukkan lagi situasi ekonomi mereka yang turut berhadapan dengan sekatan antarabangsa.

“Dalam keadaan ini, kami tidak mempunyai pilihan lain – maknanya tidak ada pilihan kedua. Kita perlu bekerja, kilang-kilang kita perlu aktif, kedai-kedai kita perlu dibuka, dan perlu ada pergerakan di negara ini kerana ia satu keperluan,” kata Rouhani.

Univerisiti di Iran sudah mula dibuka pada Sabtu selepas ditutup selama lebih tiga bulan setengah.

Pusat jagaan kanak-kanak akan dibuka semula dalam tempoh seminggu, begitu juga dengan kelas Al Quran. – Arab News

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button