Nasionalpilihan

RM8.26 JUTA untuk LJK Fasa 10 dan BELB Sabah

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM 8.26 juta bagi tujuan lampu jalan kampung dan bekalan elektrik luar bandar dapat dilaksanakan sekaligus memberi manfaat kepada 1.24 juta orang penduduk di negeri Sabah.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, menerusi peruntukan tersebut, sebanyak RM 5.96 juta diperuntukkan bagi Program Pemasangan Lampu Kampung (LJK) dan RM 2.30 juta bagi pembaikan Stesen Janakuasa Diesel Penyusunan Semula Kampung (PSK) Kampung Balat dan Kampung Litang di Daerah Kinabatangan, Sabah dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dilantik sebagai kontraktor projek.

“Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 10 di Sabah ini secara keseluruhannya melibatkan pemasangan sebanyak 5,000unit lampu dengan pecahan 4,000unit lampu jenis HPSV dan 1,000unit lampu jenis LED.

Foto: UKK KPLB

Ramlan berkata demikian pada Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) Tahun 2019/2022 Fasa 10 dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Janakuasa Diesel Secara Berpusat PSK Kampung Litang dan Kampung Balat di Kota Kinabalu, Sabah.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Encik Mas Rizal Mohd Hilmi.

“Projek LJK ini dimulakan pada 7 Januari 2020 dan siap sepenuhnya pada 8 Disember 2021 manakala projek stesen janakuasa pula dimulakan pada 9 Mac 2022 dan berjaya disiapkan lebih awal iaitu 28 Julai 2022 berbanding tarikh siap asal iaitu pada 8 September 2022.

Foto: UKK KPLB

Bagi Projek BELB Janakuasa Diesel pula, setelah 6 tahun projek siap, terdapat beberapa kerosakkan yang berlaku berikutan dengan wear and tear dan kerosakan berikutan gangguan hidupan liar. Justeru itu, pihak SESB telah melaksanakan pembaikan dengan kos kontrak sebanyak RM 2.3 juta”, ujar beliau.

Beliau menambah pelaksanaan program ini juga dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan keperluan, keutamaan dan kos operasi serta penyenggaraan yang akan ditanggung oleh kerajaan secara berterusan.

Foto: UKK KPLB

“Kita tahu terdapat cabaran dan halangan dalam menyiapkan projek ini terutamanya dari segi geografi dan keluasan memandangkan Sabah merupakan sebuah negeri yang luas dan mempunyai 24 buah parlimen serta kawasan luar bandar yang banyak”, ujar beliau.

Tambah beliau, kerajaan amat prihatin terhadap kelangsungan kehidupan masyarakat luar bandar. Justeru itu, menerusi penyempurnaan kedua-dua projek ini sekaligus mampu meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk selain perniagaan setempat bagi meningkatkan pendapatan penduduk pada waktu malam dapat dilaksanakan”, ujar beliau.

“KPLB juga akan meneruskan perancangan dan pelaksanaan projek-projek prasarana yang lain untuk dilaksanakan di Sabah menerusi projek-projek sambungan di bawah RMK-12 dan projek baharu menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.

Sabah akan senantiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan untuk pelbagai manfaat penduduk terutama bagi masyarakat luar bandar”, ujar beliau lagi. – SM

Artikel berkaitan > Program Lampu Jalan Kampung berjaya tingkatkan kegiatan ekonomi, sosial dan riadah waktu malam

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button