Nasionalpilihan

Remaja dengan masalah kesihatan jadi keutamaan pemberian vaksin

REMAJA berusia 12 tahun ke atas yang mempunyai masalah kesihatan akan diberikan vaksin jenis Comirnatu keluaran Pfizer-BioNTech.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu adalah utnuk memastikan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah kesihatan dapat divaksin terlebih dahulu.

“Saya, Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan telah diberikan taklimat oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) yang diketuai oleh Dr Kalai.

“Kami mengambil keputusan untuk berhati-hati dalam pemberian vaksin terhadap remaja dan keutaman diberikan kepada yang mempunyai masalah kesihatan.

“Kita setuju dengan pembukaan sekolah dan pemberian vaksin akan diberikan terlebih dulu kepada guru, kakitangan sokongan termasuk pemandu bas.

“Hanya remaja mempunyai masalah kesihatan berisiko tinggi manakala imunisasi terhadap kanak-kanak lain boleh dilaksanakan sehingga fasa seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba secara maya, hari ini.

Menurut Khairy, remaja yang tidak mempunyai masalah kesihatan pula akan diberi vaksin selepas selesai semua fasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) membabitkan populasi dewasa.

Dalam pada itu, Khairy turut meminta supaya JKJAV menilai kegunaan vaksin Sinovac bagi kegunaan remaja.

Tambahnya, beliau yakin CITF akan mempunyai data yang cukup menjalankan vaksinasi kepada semua remaja. -SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button