Luar Negara

Bayi kembar lahir selang 15 minit, tapi tahun berbeza

SEPASANG bayi kembar di Amerika Syarikat (AS) dilahirkan selang 15 minit tetapi dalam tahun yang berbeza.

Menurut New York Post, bayi kembar itu diberi nama Alfredo Antonio Trujillo dan Aylin Yolanda Trujillo.

Alfredo dilahirkan pada malam tahun baru pada pukul 11.45 malam waktu tempatan manakala Aylin pula dilahirkan 15 minit selepas itu iaitu pada tahun baharu 1 Januari 2022.

Bayi kembar itu dilahirkan oleh ibu mereka, Fatima Madrigal di Hospital Pusat Perubatan Natividad, California, AS.

Alfredo ialah bayi lelaki manakala Aylin bayi perempuan.

Madrigal tidak menyangka akan tarikh lahir anaknya yang berbeza namun turut bergembira kerana anak kembar itu lahir dengan sihat.

“Tidak sangka bahawa mereka kembar dan memiliki tarikh lahir yang berbeza.

“Saya terkejut sekaligus gembira mereka dilahirkan pada tengah malam,” katanya.

Alfredo dan Aylin akan pulang bersama ibu dan ayah mereka, Robert Trujillo untuk bertemu dengan keluarga yang lain. – SM

(Visited 1,203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button