Nasional

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan

SEBANYAK  RM45 juta dari Tabung COVID-19  telah diagihkan  kepada waris keluarga yang  meninggal dunia akibat pandemik itu dan mereka yang terjejas  pendapatan  berikutan wabak itu.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata,  Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.

Beliau berkata, sebelum ini jumlah terkumpul tabung tersebut sebanyak RM45 juta telah pun diagihkan.

“Mereka yang layak menerima sumbangan ini telah pun disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ia diserahkan kepada NADMA untuk tindakan susulan. Setakat ini, kita masih ada baki  sumbangan  RM5 juta dari tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba yang mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di Serdang, dekat sini, hari ini. – BERNAMA

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button