Acara

RM4 Juta untuk Majlis Belia Malaysia: Anwar Tegas Suara Anak Muda Wajar Diangkat

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam usaha memperkasa golongan belia sebagai nadi perubahan negara.

Ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Kebangsaan, beliau menegaskan bahawa suara anak muda harus didengar, dihormati dan diangkat sebagai suara penting dalam mencorak dasar dan hala tuju negara masa hadapan.

“Gegak gempita semangat, tenaga dan aura belia amat signifikan dalam membawa arus perubahan ke arah masa depan negara yang lebih cemerlang dan berdaya saing di peringkat serantau mahupun global,” kata Anwar di hadapan ribuan hadirin yang memenuhi lokasi sambutan.

Beliau turut menyeru agar ruang dan peluang terus diberikan kepada belia untuk menyatakan pandangan, menyumbang idea dan terlibat secara aktif dalam proses pembangunan nasional.

“Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada potensi, idealisme dan daya juang anak mudanya,” ujarnya lagi.

Sambutan tahun ini bertemakan semangat Malaysia MADANI, menampilkan pelbagai program interaktif, forum belia, dan pameran inovasi yang menonjolkan kebitaraan anak muda dalam pelbagai bidang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button