Banjir

Jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya runtuh akibat limpahan air deras

Jalan utama Felda Selancar dan Perwira Jaya, Rompin ditutup di kedua-dua arah selepas jalan itu runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai keadaan jalan yang terletak berhampiran pondok polis bantuan itu pada 4 pagi ini.

Selain laluan berkenaan, dua lagi jalan di Rompin turut ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat dinaiki air awal pagi ini iaitu Jalan Ladang Lam Trading-Ladang Blok 16 dan laluan ke Felda Redong/Segamat di Felda Selancar 3.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan penutupan jalan utama Felda selancar dan Perwira Jaya itu dibuat atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai boleh menghubungi talian 09-4145040 untuk pertanyaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Rompin akan mengalami hujan sepanjang minggu ini.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Pukin di Rompin telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 46.59 meter (m) pagi ini.

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button