Politik

Pemilihan Ketua Menteri, utamakan pembangunan negeri

PEMBANGUNAN ekonomi diletakkan sebagai kepentingan utama negeri itu berbanding perebutan kuasa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perkara itu dilihat sebagai satu pengorbanan kepada UMNO apabila beralah walaupun parti yang dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu memenangi kerusi terbanyak.

Justeru, keputusan yang dibuat UMNO Sabah dalam pemilihan Ketua Menteri baharu adalah berdasarkan autonomi yang dimiliki mereka.

Keputusan tersebut juga dipercayai dinilai sebagai kebijaksanaan kepimpinannya dalam mengangkat kepentingan rakyat menjadi agenda utama kerajaan negeri baharu.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telahpun dipersetujui bersama.

“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah.

“Seperti mana yang termaktub dalam Akujanji GRS.”

Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya hari ini.

Terdahulu, GRS menerusi komponennya BN, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya menguasai 38 kerusi dalam PRSN Sabah kelmarin.

Berbanding Parti Warisan Sabah (Warisan), gabungan yang disertai DAP, PKR, Amanah dan UPKO menerusi Warisan Plus itu memperoleh 29 kerusi.

UMNO yang bertanding atas tiket BN mendapat 14 kerusi diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 11, Star 6 dan Parti Bersatu Sabah (PBS) 7.

Walau bagaimanapun, Presiden UMNO itu dalam kenyataan sama memaklum pernah menegaskan jawatan Ketua Menteri Sabah mesti diserahkan kepada partinya.

“Sejak dari awal, saya tegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu.

“Ini kerana jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbesar dimenangi UMNO dalam GRS.

“Bagaimanapun saya dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS yang menang.

“Akhirnya mereka bersepakat untuk mencalonkan Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan.

“Setelah ia diabaikan oleh Kerajaan Warisan sebelum ini,” ujarnya.

Terdahulu, dalam PRN Sabah yang berlangsung kelmarin, Warisan gagal mengekalkan kedudukan sebagai Kerajaan Negeri apabila tewas kepada GRS.

Justeru, Hajiji pula dilaporkan bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu di Istana Sabah, pagi esok. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button