Nasional

Warga emas langgar kuarantin dikompaun RM5,000

SEORANG warga emas berusia 73 tahun tidak terkecuali dikenakan kompaun berjumlah RM5,000 kerana melanggar kuarantin kendiri di rumah dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Lelaki yang tinggal di Kampung Sungai Klau, Taub Pahang itu dikenakan tindakan itu menerusi operasi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12.30 tengahari hingga 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, warga emas memberikan alasan panas berada di rumah untuk keluar bersiar-siar walaupun dalam tempoh kuarantin.

Kompuan tersebut kenakan kerana alasan yang diberikan tidak munasabah dan warga emas itu boleh merebakkan jangkitan Covid-19 kepada orang ramai sekiranya dia positif Covid-19.

“Lelaki itu dikenakan kompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2020.

“Selain itu dua lagi individu berusia 69 dan 52 tahun dikenakan kompaun RM2,000 seorang atas kesalahan berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan PKPD tanpa alasan munasabah,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Kama Azural berkata, dua individu yang masing-masing dari Kampung Sungai Klau dan Taman Sungai Klau dikenakan kompaun di bawah Perkara 25(a) PPPDPPB 2020.-SM

 

 

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button