NasionalUncategorized

7.6 juta rakyat telah disuntik vaksin Covid-19

SERAMAI 7.649 juta rakyat Malaysia atau 23.4 peratus populasi dewasa telah menerima dos pertama Covid-19 sehingga semalam.

Daripada jumlah tersebut 3.425 juta atau 10.5 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan. Sehingga kini 11.075 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan AKses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) Selangor merupakan negeri tertinggi menerima dos vaksin iaitu 1.446 juta bagi dos pertama dan 485 ribu bagi dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur dengan 1.369 juta dos pertama dan 339 ribu dos kedua.

Sarawak ketiga tertinggi iaitu 1.363 juta telah disuntik dos pertama dan 520 ribu lagi lengkap menerima kedua-dua dos.

Manakala peratusan negeri terendah penduduk yang telah divasin adalah Sabah iaitu 10.3 peratus (402 ribu) bagi dos pertama dan 7.6 peratus (298 ribu) bagi dos kedua.

Turut mencatatkan bilangan peratusan yang rendah adalah Kelantan iaitu 12.9 peratus (246 ribu) penduduk menerima suntikan pertama dan 9.5 peratus (182 ribu) dos kedua.

Ketiga terendah adalah Kedah dengan 13.7 peratus (299 ribu) penduduk menerima dos pertama dan 9.7 peratus (299 ribu) menerima dos kedua.

Semalam 324,745 dos vaksin diberikan melibatkan 213,971 dos pertama dan 110,774 dos kedua.

Selangor menerima dos tertinggi iaitu 61,945 dos pertama dan 16,136 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur iaitu 29,519 dos pertama dan 17,176 dos kedua.

Sarawak penerima ketiga tertinggi iaitu 27,069 dos pertama dan 35,179 dos kedua.-SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button