Nasionalpilihan

RM13 juta untuk perkasa Bahagian D11 PDRM

KERAJAAN mempertuntukkan RM13 juta untuk memperkasa Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan itu termasuk pewujudan 100 perjawatan baharu.

“Di samping itu, program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita di seluruh negara melalui Skuad WAJA akan dilaksanakan.

“Selain itu, bagi melindungi kebajikan lebih ramai mangsa keganasan rumah tangga, Kerajaan juga akan menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan NGO untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita,” katanya. -SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button