Nasional

RM10 juta untuk anak Sabah, Sarawak dalami ilmu budaya dan warisan

RAKYAT Malaysia adalah majmuk yang hidup dalam harmoni dan toleransi sejak merdeka sehingga ke hari ini. Justeru dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini, selain daripada program-program nasional untuk manfaat semua, sebanyak RM200 juta ringgit turut disediakan khusus untuk kaum Cina.

“Peruntukan ini antaranya untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baru dan Skim Pembiayaan Usahawan PKS.

“Bagi kaum India pula, sebanyak RM145 juta disediakan antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN,” katanya.

Beliau berkata, dalam menggalakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan, sebanyak RM10 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini.

“Kepada komuniti Orang Asli pula, RM274 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli seperti pemberian subsidi dan bantuan persekolahan serta bantuan kebajikan untuk manfaat hampir 200,000 Orang Asli.

“Untuk tahun hadapan, Kerajaan akan menaikkan kadar wang saku murid sekolah menengah kepada RM4 sehari,” kata Tengku Zafrul.

Tambah beliau, bagi mendokong agenda perpaduan dan budaya sukarela di peringkat komuniti, Kerajaan menyediakan geran RM6,000 ringgit untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga (atau KRT).

Lebih 8,000 KRT akan menerima manfaat daripada geran ini dengan peruntukan sebanyak RM50 juta ringgit, katanya.

Kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta bagi kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Peruntukan ini, kata Tengku Zafrul turut merangkumi pelaksanaan aktiviti-aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat. – SM

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button