Nasional

Empat Syarikat Konsesi Lebuhraya Di Sekitar Lembah Klang Distruktur Semula

Setelah penelitian terperinci daripada semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan Perjanjian Konsesi serta beban kewangan Kerajaan, Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuhraya di sekitar Lembah Klang iaitu:

i. Kesas Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam(KESAS).
ii. Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART).
iii. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat(SPRINT).
iv. Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damasara – Puchong (LDP)

Melalui penstrukturan ini, kadar tol tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi serta akan dapat menjimatkanbayaranpampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi.

Penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya tersebut adalah dianggarkan sekurang-kurangnya RM4.3bilion.

Ini merupakan usaha berterusan Kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

Penjimatan ini boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Penstrukturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama Kerajaan iaitu untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan.

Perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturansemula ini akan dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri KananKerjaRaya.

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button