Nasional

Jangkitan baharu Covid-19 hampir 6,000 kes

Kes baharu hari adalah kes harian yang paling tinggi pernah dicatatkan dan jumlah itu hampir 6,000 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sebanyak 5,725 kes Covid-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah kes harian terus meningkat selepas mencatatkan 4,094 kes semalam, 3,680 kes kelmarin dan dan 3,585 kes pada Selasa.

Lebih separuh daripada jangkitan baharu dikesan di Selangor iaitu 3,126 kes. Negeri itu semalam mencatatkan kes baharu berjumlah 1,577.

Kuala Lumpur mencatatkan bilangan kes baharu kedua tertinggi iaitu 687 kes berbanding 678 kes semalam.

Diikuti Johor yang merekodkan pertambahan 684 kes baharu berkurangan jika dibandingkan 717 kes baharu semalam.

Kes kematian juga meingkat kepada 16 kes yang kesemuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Semalam jumlah kematian yang direkodkan adalah 10 kes selepas turun kepada 7 kes hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 733 kes.

Kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) masih lagi tinggi iaitu 301 kes berkurangan daripada 303 kes semalam.

Jumlah kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan juga berkurangan kepada 115 kes berbanding 118 kes semalam.

Ketika ini keseluruan kes aktif yang memerlukan rawatan meningkat kepada 45,478 kes berbanding 43,192 kes semalam dan 42,389 kes kelmarin.-SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button