Nasional

RM1.2 juta kompaun dikutip daripada majikan degil

DALAM tempoh 24 hari sejak 1 Jun lalu sejumlah RM1.2 juta kompaun dikutip daripada pengusaha kilang dan majikan yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, dari 1 Jun hingga 24 Jun sebanyak 1,175 pemeriksaan dijalankan di tempat kerja bagi memastikan para pengilang serta majikan mematuhi SOP PKP 3.0.

Kesalahan tidak mematuhi arahan bekerja dari rumah (BDR) dengan mengarahkan pekerja datang ke tempat kerja melebihi jumlah yang dihadkan 60 hingga 80 peratus paling banyak dilakukan.

“Kesalahan serius lain ialah memalsukan makumat bagi memohon kebenaran beroperasi dengan menyatakan maklumat perkhidmatan penting sedangkan sebaliknya ia semata-mata untuk mendapat kelulusan beroperasi,” katanya.

Saravanan hari ini menyertai Operasi Pemantauan Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di Kilang Gardenia Bakeries, Puchong.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Jamil Rakon.

Sementara itu, Saravanan berkata kerajaan sedang mengkaji cadangan supaya bayaran levi untuk pekerja asing dipindahkan kembali kepada majikan untuk menanggung kos ujian saringan COVID-19 pekerja asing mereka.

“Ini supaya ia (bayaran levi) boleh digunakan untuk saringan lebih kerap. Saya telah cadangkan kepada menteri kewangan dan tunggulah keputusan menteri kewangan,” katanya.-SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button