Nasional

Covid-19: WHO kini nasihatkan orang sihat pakai pelitup muka di tempat awam

JIKA sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak melihat adanya keperluan untuk orang awam yang sihat memakai pelitup muka dalam menghadapi ancaman virus maut Covid-19.

Badan dunia itu sebelum ini menegaskan tidak ada bukti yang cukup untuk mengatakan bahawa orang yang sihat harus memakai pelitup muka dalam mengelakkan jangkitan itu.

Pertubuhan itu hanya menasihatkan mereka yang mempunyai gejala sahaja untuk memakai pelitup muka bagi menghalang penyebaran virus berbahaya kepada orang lain yang sihat.

Malah WHO berpendapat bahawa pelitup muka hanya perlu dipakai oleh petugas kesihatan dan bukannya oleh orang awam.

Namun organisasi antarabangsa itu telah mengubah nasihatnya mengenai penggunaan pelitup muka dengan mengatakan ia harus dipakai oleh semua orang tidak kira sihat atau tidak ketika berada di tempat awam.

Terdapat bukti saintifik bahawa penggunaan pelitup muka oleh orang ramai di tempat umum membantu menghentikan penyebaran coronavirus Covid-19. Perubahan nasihat tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan selama beberapa minggu.

Dr Maria Van Kerkhove, pakar utama teknikal WHO di Covid-19, memberi cadangan agar orang awam memakai “topeng kain – iaitu topeng bukan perubatan”.

Menurutnya, pertubuhan itu kekal menasihatkan bahawa topeng muka perubatan harus dipakai oleh orang yang sakit dan barisan hadapan dalam bidang perubatan.

“Kami menasihatkan agar kerajaan menggalakkan masyarakat untuk memakai pelitup muka,” kata Dr. Maria.-SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button