Hiburan

Rizky Billard nak sewa seluruh tingkat wad bersalin demi Lesti

BERBEZA sungguh generasi dahulu dengan generasi mudah hari ini dari aspek rasa segan-silu, malu, adap sopan. Apatah lagi bab peribadi seperti mandi suami-isteri dan kehamilan.

Sebenarnya tidak perlu nak tayang kepada khalayak pun kerana perbuatan itu bukanlah manis sangat jika dipandang berkali-kali.

Tidak kisahlah sama ada pemapar itu popular atau terkenal seperti pasangan pelakon Rizky Billiard an Lesti Keroja yang bergambar memperlihatkan bentuk perut yang sedang mengandung.

Kandungan Lesti yang juga dikatakan penyanyi dangdut popular di Indonesia melewati usia tujuh bulan.

Dalam satu temubual YouTube Intens Investigasi baru-baru ini, Rizky bercakap tentang perancangan untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Antara yang dititikberatkan oleh pasangan ini ialah mengenai wad bersalin Lesti.

“Demi keselesaan isteri, saya merancang menyewa seluruh tingkat wad bersalin di sebuah hospital saat Lesti melahirkan,” katanya.

Beliau mengaku sudah beberapa kali bertanya apakah dia boleh menempah seluruh tingkat.

“Ya mudah-mudahan dapat seluruh tingkat,” kata Rizky seperti mana dilaporkan Kompas.com.

Rizky kemudian turut menjelaskan, selain demi memastikan keselesaan buat isterinya, Lesti, dia menjangka akan menerima ramai tetamu selepas isterinya selamat melahirkan cahayamata pertama yang digelar Baby L.

“Mungkin kerana kita memikirkan akan ada ramai tetamu datang nanti,” katanya. –  SM

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button