HaiwanNasionalNegeri

Pengawal keselamatan mati dipijak gajah liar

SEORANG pengawal keselamatan maut dipercayai dipijak gajah liar di ladang sawit dekat Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.

Ketua Polis Gua Musang, SUP Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 42 tahun bersama rakannya menunggang motosikal untuk memancing pada jam 4 petang semalam.

Semasa mendaki bukit, katanya, dua ekor gajah dewasa tiba-tiba keluar dari sebelah kanan mereka.

“Mereka cuba melarikan diri namun terjatuh dari motosikal. Rakan mangsa yang berada di belakang berjaya melarikan diri.

“Selepas dua ekor gajah itu meninggalkan tempat kejadian, rakan mangsa kembali ke lokasi dan mendapati mangsa sedang kesakitan di dalam semak,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sik berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke oleh rakannya sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.45 petang.

Katanya, bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat kecederaan paru-paru dan terdapat kesan lebam di pinggang kiri mangsa dipercayai dipijak gajah.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati ada kesan tapak kaki gajah dan laporan bedah siasat konsisten dengan keterangan kejadian serta saksi bahawa mangsa mati dipijak gajah,” katanya. – SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button