AgamaNasionalpilihan

Petugas kritikal “dibenar” tinggal solat Jumaat

PETUGAS lelaki di bahagian kritikal diberikan “kebenaran” untuk tidak menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun kebenaran ini hanya tertakluk sebagai keuzuran yang tidak dapat dielakkan berlandaskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis.

Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara ini sebenarnya telah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-50/2020 pada 14 Disember 2020 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1442H.

Mohd Asri berkata, fatwa ini perlu dihebahkan supaya pihak terlibat memahaminya dengan lebih jelas.

Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

“Keuzuran meninggalkan solat Jumaat hanya melibatkan tugasan kritikal seperti pengawal keselamatan, petugas kesihatan, petugas trafik udara dan darat, anggota tentera, polis, bomba dan penyelamat, dan seumpamanya,” katanya di pejabatnya semasa mengadakan pertemuan dengan wakil petugas bahagian kritikal.

Setiap wakil kemudiannya menerima bingkai fatwa ini untuk diletakkan di dinding pejabat masing-masing sebagai rujukan.

Mohd Asri berkata, mereka ini terpaksa bertugas di waktu Jumaat disebabkan tiada pengganti lain umpamanya orang bukan muslim, wanita atau orang yang bermusafir.

Bagaimanapun, petugas ini katanya, harus berikhtiar untuk berbincang dengan rakan sejawatan atau pihak pengurusan supaya dapat menunaikan solat Jumaat.

Mohd Asri menyerahkan bingkai fatwa kepada Ketua Bahagian Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis, Ishak Zainal Abidin.

“Jika sekiranya dia terpaksa juga meninggalkan Jumaat disebabkan keuzuran yang dibenarkan, dia hendaklah berusaha mengelakkan daripada meninggalkannya sebanyak tiga kali berturut-turut.

Katanya, ini kerana solat Jumaat wajib ditunaikan oleh setiap mukalaf yang memenuhi syarat-syarat wajib solat Jumaat.

Tambahnya, seseorang mukalaf tidak boleh meninggalkan Jumaat tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

Mohd Asri berkata, jika tidak menunaikan Jumaat disebabkan keuzuran hendaklah menggantikannya dengan solat Zohor. – SM

Artikel berkaitan > Raja Muda lancar buku puisi Mufti Perlis

(Visited 1,002 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button