Hiburan

Risteena Munim sah bergelar isteri kepada Isa Khan

Pelakon Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Risteena dan Isa masing-masing mengenakan busana rona putih rekaan Ezuwan Ismail dalam majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menerusi Instagram Live yang dibuat di akaun Risteena, pelakon itu turut meluahkan rasa syukur selepas semuanya berjalan dengan lancar.

Menerusi video yang dikongsikan juga, dapat dilihat majlis itu hanya dihadiri oleh anggota keluarga termasuklah adik Risteena iaitu pelakon, Ruhainies.

Sebelum ini, pasangan berkenaan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Mereka yang sepatutnya bernikah pada 21 November lalu terpaksa mengangguhkannya berikutan pandemik Covid-19. -SM

(Visited 794 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button