Hiburan

Risteena Munim, Isa Khan ke Sabah kerana kerja, bukan bulan madu semata-mata

PELAKON, Risteena Munim yang baru berkahwin kira-kira dua minggu yang lalu menafikan dia ke Sabah bertujuan untuk berbulan madu semata-mata.

Menurut isteri kepada pelakon, Isa Khan itu, dia dan suami pergi ke Sabah di atas urusan kerja serta telah mendapat surat kebenaran merentas negeri.

“Saya yakin pihak polis lebih arif dan saya fikir tidak perlu untuk muat naik mengenai kerja saya di Instagram hanya untuk puaskan hati semua orang.

“Saya hanya kongsi apa yang saya hendak kongsi sahaja di Instagram.

“Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” katanya.

Terdahulu, ramai yang mempertikai tindakan Risteena dan Isa yang memuat naik gambar mereka berbulan madu di Sabah.

Tindakan Risteena itu menjadi perhatian selepas pasangan Instafamous yang turut memuat naik gambar mereka berbulan madu di sebuah pantai.

Pasangan tersebut yang telah dipanggil polis sebelum ini telah diminta hadir sekali lagi selepas didapati memberi kenyataan palsu berkaitan tindakan rentas negeri mereka. -SM

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button