Nasional

RISDA peruntukan RM5.86 juta tingkat produktiviti getah di Johor

RISDA memperuntukkan sejumlah RM5.86 juta bagi meningkatkan produktiviti getah menerusi Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) di bawah Program Skim Getah Matang dan Program Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun (LDP) “Pestalotiopsis” untuk Negeri Johor.

Menurut Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan SPIG tersebut, sebanyak RM 1.06 juta diperuntukkan untuk 931 orang pekebun kecil RISDA di daerah Segamat.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad

“Skim yang dilaksanakan ini bagi memastikan matlamat untuk meningkatkan produktiviti getah ke arah penghasilan 1,800kg perhektar setahun dapat dicapai seterusnya dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada pekebun kecil RISDA. Dengan penghasilan getah pada kadar ini, ia akan memberikan pendapatan purata kepada daripada hasil kebun sekurang-kurangnya RM 1,500 sebulan.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Pekebun Kecil RISDA daerah Segamat.

Tambah Rahman, SIPG diwujudkan bagi mendukung hasrat kerajaan melalui RISDA bagi memastikan masyarakat pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM 4,500 menjelang tahun 2025.

Mengenai Program Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Luruhan Daun (LDP) “Pestalotiopsis” pula jelas Rahman, RISDA telah memperuntukkan sebanyak RM 1.29 juta kepada pekebun kecil di Negeri Johor dengan daerah Segamat mendapat peruntukan tertinggi sebanyak RM 590,000 bagi membantu masyarakat pekebun kecil yang terjejas.

Rahman turut mengesyorkan kepada pekebun kecil RISDA yang memerlukan bantuan yang disediakan supaya hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat. – SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button