Nasional

Merentas negeri masuk hutan, ADUN Selangor dilepas dengan jamin polis

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang ditahan merentas negeri dan disyaki menceroboh Hutan Simpan Ulu Jelai di Lipis, Pahang dilepaskan dengan jaminan polis awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata beliau dibebaskan bersama-sama 28 yang lain kira-kira 3 pagi, selepas diambil keterangan.

“Bagi pihak polis, siasatan dilakukan kerana kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran manakala dakwaan memasuki hutan simpan tanpa kebenaran disiasat oleh Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP),” katanya semasa dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Semalam, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengesahkan semua suspek yang beralamat di Kuala Lumpur dan Selangor itu ditahan pada 8 pagi di Kampung Rakoh, Pos Lenjang kerana didakwa memasuki hutan simpan berkenaan dengan menggunakan 11 kenderaan pacuan empat roda tanpa kebenaran pada Sabtu lepas.

Mereka termasuk tujuh wanita difahamkan masuk ke hutan itu atas alasan memberi bantuan makanan kepada Orang Asli, sedangkan pemeriksaan JPNP dan Pusat Kawalan Operasi Bencana mendapati tiada kelulusan dikeluarkan bagi tujuan tersebut.-SM

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button