Nasional

Ini semua kos, peniaga bazar Ramadan berang

RATA-RATA peniaga berang apabila keputusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memindahkan tapak bazar Ramadan ke lokasi lebih bersesuaian agar tidak menganggu aliran trafik sepanjang bulan Ramadan nanti.

Notis yang diberikan awal pagi tadi membuatkan peniaga kecewa dengan keputusan MBI yang mengarahkan mereka semua berpindah lokasi setelah semua persiapan khemah telah disiapkan.

Para peniaga juga berasa teraniaya dengan keputusan yang dibuat ini apabila proses memindahkan semua khemah berniaga melibatkan kos.

“Kami ini mencari rezeki untuk bulan Ramadan saja, barang-barang hendak dicampak ke mana, hendak berpindah ke sana, itu semua berbayar, kalau percuma saya tidak kisah, kos murah atau tidak itu semua duit dan modal bagi kami” luah salah seorang peniaga bazar yang kecewa dengan tindakan MBI.

Modal untuk membuat persiapan di tapak ini juga telah dikeluarkan, para peniaga sempat menzahirkan rasa tidak puas hati memandangkan banyak lagi komitmen lain yang mereka perlu fikirkan.

Ketua Wira (pemuda) Putra Negeri Perak, Shukrie Ibrahim berkata tindakan ini adalah tidak adil bagi para peniaga.

“Hari ini mereka menghantar notis atau surat dari MBI untuk minta mereka berpindah tapak iaitu tapak bazar Ramadan yang sebelum ini telah diluluskan tapi dalam tempoh lebih tiga hari lagi hendak menyambut bulan Ramadan, mereka diminta pindah ke tapak lain, pindah ke tapak baru dan tapak tapak baru itu adalah berhadapan dengan Aeon Mall, Ipoh.

“Soalan saya ringkas sahaja, kalau hari ini mereka pasang tapak dekat sini dan ada pihak yang membuat aduan mereka diminta untuk tutup dan berpindah, bagaimana selepas pindah nanti pihak Aeon Mall pula yang membuat aduan, adakah tapak itu akan ditutup juga” katanya

Tambah Shukrie Ini bukan kali pertama MBI menguruskan tapak Bazar Ramadan, jadi tidak mungkin mereka tidak tahu prosedur menguruskan tapak bazar.

“Sepatutnya pihak MBI boleh membuat tinjaun terlebih dahulu dengan peniaga sebelum meluluskan tapak berniaga ini agar pembatalan di saat akhir ini tidak terjadi” tambahnya.

Jelasnya lagi, isu trafik tidak boleh dijadikan alasan kerana tapak bazar yang diluluskan ini merupakan tapak pasar malam.

“Disini adalah tapak pasar malam yang sepatutnya tidak menjadi isu, bagaimana boleh timbul isu, kalau dikatakan masalah trafik sedangkan ini merupakan tapak pasar malam, jadi tidak timbul isu dari segi trafik” katanya.

Sebelumnya, dia berkata pihak penganjur sudah memberi kerjasama dan tidak mempunyai sebarang masalah terutama dari segi trafik, malah pihak MBI sendiri sudah memberi kelulusan, bagaimana saat-saat akhir boleh berlakunya keputusan begini.

“Orang kita yang hendak memulakan kembali aktiviti berniaga di bazar Ramadan selepas dua tahun tidak dapat berniaga, berilah mereka peluang untuk mereka cari rezeki” ujarnya.

Beliau menyeru agar MBI meneliti kembali keputusan yang dibuat ini terutama tiga hari lagi berbaki untuk menyambut bulan puasa. – SM

(Visited 413 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button