Analisis

Kegagalan kerajaan Madani kerana lima ‘K’

1.  Wawancara SINAR malam semalam di Pejabat Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam berlangsung dalam suasa panas dengan perdebatan antara Datuk Tun Faisal, Chegu Bard dengan Datuk Lokman Adam.

2.  Tun Faisal didalam hujahnya mengemukakan 5 K Kegagalan Kerajaan Madani Anwar Ibrahim iaitu ;

(i).  KHIANAT.  Awal-awal lagi jelas kelihatan Anwar dan Zahid telah khianat pengundi-pendundi pada PRU ke 15.

Undi PH dapat Zahid.

Dan undi BN dapat Kerajaan DAP didalam Kerajaan Persekutuan.

(ii).  KELENTONG.  K kedua ialah kelentong iaitu banyak perkara yang dikelentong.

Sebagai contoh, Perdana Menteri tidak akan jadi Menteri Kewangan.

Hari ini jadi PM, esok harga minyak turun kepada RM1-50 selitter.

(iii).  KEGAGALAN KERAJAAN.  K yang ke 3 ialah kegagalan Kerajaan Madani dan kegagalan Perdana Menteri didalam mengurus Kerajaan hari ini.

Kegagalan Menteri Ekonomi dengan pelbagai Formula Ekonomi yang Gagal.

(iv).  KATA LAIN. BIKIN LAIN. Banyak perkara dan isu lain yang dikata, lain yang dibuat.

(v).  KEANGKUHAN.  K yang ke 5 ialah keangkuhan.

Sebagai Contoh, keangkuhan Menteri Pelancongan yang menuduh Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang KLIA meminta rasuah.

Bukan sahaja menjatuhkan imej Negara tetapi memalukan seluruh Jabatan Imigresen Malaysia.

Keangkuhan Menteri Komunikasi yang mengugut Rakyat, yang kritik Menteri dengan membawa andaian kononnya kereta Peronda Polis akan datang ke rumah anda sekiranya anda di syaki mengkritik Kerajaan dan Menteri Perpaduan. 

Ini adalah sesuatu yang Serious dan bukannya boleh dibuat sebagai Bahan Lawak.

KEANGKUHAN LOKMAN ADAM DI WAWANCARA SINAR.

3.  Pada Wawancara SINAR semalam, Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Adam telah GAGAL MEMPERTAHANKAN  Kerajaan Perpaduan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Malahan, berkali-kali keangkuhan Lokman jelas kelihatan sehinggakan Moderator mengarahkan microphone Lokman ditutup dan Moderator juga menegur Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tersebut seorang yang angkuh dan tidak boleh ditegur.

4.  Argument dan data Lokman yang mengatakan bahawa Mata Wang Thai Baht lebih kuat dari Ringgit Malaysia berbanding dengan US Dollar adalah juga salah dan tidak tepat, mengelirukan penonton.

Sesungguhnya, Pengarah Komunikasi UMNO ini perlu mengundurkan diri segera sebagai Pengarah Komunikasi UMNO kerana jelas kelihatan Lokman kini merupakan Liability kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Manakala, Datuk Tun Faisal kelihatan menerima pujian dari penonton kerana telah mengeluarkan hujah-hujah yang kemas, tepat dan terbaik mengenai kesusahan Rakyat jelata dibawah.

SEKIAN.

(Visited 685 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button