Ekonomi

Ringgit dibuka rendah pagi ini

RINGGIT meneruskan aliran menurun pada Isnin untuk dibuka rendah berbanding Dolar AS apabila sentimen Dolar AS yang positif secara tidak langsung menjejaskan permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi Selasa (12 April), mata wang tempatan susut kepada 4.2375/2410 berbanding Dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.2290/2320.

Seorang peniaga berkata Dolar AS mengukuh apabila hasil bon 10 tahun melonjak ke paras tertinggi baharu menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna AS pada akhir minggu ini.

“Keadaan ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pasaran telah mengambil kira kenaikan inflasi, sekali gus secara tidak langsung mengurangkan selera risiko untuk mata wang lain, termasuk bagi pasaran sedang pesat membangun,” katanya kepada agensi berita tempatan.

Baca artikel ini > Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Menurutnya lagi lanjutan sekatan pergerakan di China juga telah menjejaskan sentimen pelabur kerana ia menimbulkan kebimbangan bahawa perkembangan terkini boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi global.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia jatuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.1024/1054 daripada 3.1004/1031 pada Isnin dan lemah berbanding Yen Jepun kepada 3.3776/3806 daripada 3.3738/3764.

Unit tempatan itu bagaimanapun menambah nilai berbanding Pound Britain kepada 5.5147/5192 daripada 5.5201/5240 dan meningkat berbanding Euro kepada 4.6074/6112 daripada 4.6210/6243 sebelumnya. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button