Mahkamah

Bekas Diplomat Malaysia Tanam Lebih 100 Pokok Ganja Takkan Dihukum Gantung?

Pokok ganja ada dua jenis, satu jantan dan satu betina. Kalau untuk proses pembiakan, wajib ada pokok jantan dan pokok betina.

Namun kalau untuk perubatan, memadailah tanam pokok jantan sahaja kerana ia tidak boleh beranak pinak dan sesuai untuk rawatan.

Namun demikian di Malaysia, tak kiralah siapa penanamnya, rakyat melihat terdapat diskriminasi yang cukup agung terhadap kes ini.

Masing-masing mempertikai hukuman undang-undang Malaysia ke atas anak usahawan Vincent Tan yang kini sepi tidak dibangkitkan lagi.

Siap tanam dengan sinaran lampu UV, takkan tujuannya untuk perubatan juga, takkan siapkan makmal untuk tanam suka-suka.

Rakyat Malaysia percaya setiap anggota yang terlibat dalam siasatan serta memegang amanah di bawah Urusan Seri Paduka Baginda adalah bijak pandai.

Berbeza dengan penyanyi Yassin Sulaiman yang cuma menanam pokok ganja dalam pasu dan dikatakan menanamnya bagi rawatan, dikenakan hukuman gantung.

Wajah Yassin Sulaiman disiarkan, ketahui siapa dirinya, kisahnya dibuka kerana Yassin Sulaiman tetap orang biasa yang tidak memiliki kabel dalam sistem.

Namun pembongkaran seorang bekas diplomat Malaysia bergelar Datuk dan dipercayai menanam lebih 100 pokok ganja, apa janji hukuman undang-undang kepada beliau?

Lagi pun tanam sampai lebih 100 batang pokok ganja, dia tanam untuk perubatan, untuk jualan, jadi kartel ganja atau sorok rumah daripada pihak berkuasa?

Kalau Yassin Sulaiman yang tanam pokok ganja dalam pasu tak lebih 50 batang dikenakan hukuman gantung, bagaimana dengan yang tanam lebih 100 ini?

Digantung berulang-ulang kali atau digantung sekali sahaja mengikut ketertinggian undang-undang? Atau menggunakan peguam handal yang akhirnya memutuskan Datuk tersebut tidak tahu itu adalah pokok ganja!

(Visited 668 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button